Tuesday, 8 September 2015

Dunia Fantasi Kau Dan Aku(chapter 5)

Chapter 5

I remember those days
Spending you here by my side
My birthday you were not there
I'll wait until you come back



Kini sudah seminggu Irfan menghilang.Sudah makan kah dia? Sihatkah dia? Soalan itu sering bermain dalam fikiran Nadia.Dia selalu juga bertanya dengan orang-orang kampung.Seorang pun tidak pernah berjumpa dengannya.TIba-tiba seekor burung hinggap di bahu Nadia lalu menghulurkan surat.Nadia mengambil surat tersebut.Burung itu berlalu pergi.Nadia membuka perlahan surat itu dengan berharap tiada berita buruk untuk dia.

  Assalammualaikum..
Cik Nadia Umairah,sudah tiba masanya untuk awak pulang ke tempat awak..Awak tidak dapat menemui cinta sejati.Jadi,anda diberi masa 2 minggu untuk pergi dari sini.Athirah akan membantu anda untuk pulang. Sekian..

Isi surat itu telah basah dek air mata Nadia.Sudah tibakah masa untuk dia pergi? Baru sebulan dua dia di sini..Cinta sejati? Adakah ini yang dimaksudkan oleh Athirah?Tapi adakah misi dia mencari cinta sejati? Kalau dia tidak mahu meninggalkan tempat ini..bolehkah dia?

Lamunan Nadia terhenti apabila Mizan menegurnya. "Nad,are you okay?"tanya Mizan.Surat tadi dilipat dan dimasukkan ke dalam poket seluar. "Apa tu?"tanya Mizan lagi. "Ah? Nothing..Hah! Saya baru ingat,saya ada kerja nak dibuat.Saya pergi dulu!"kata Nadia lalu cuba beredar.Lengan Nadia direntap.Nadia terduduk semula. "Apa yang awak buat ni?!!"jerit Nadia."We need to talk.Bila saya nak berbual dengan awak,kenapa awak cuba mengelak? Apa salah saya pada awak?"tanya Mizan beberapa soalan aras tinggi. "Mizan.. Saya ada kerja..Kita bercakap lain kali.."kata Nadia. "NO! Apa beza saya dengan Irfan?"tanya Mizan lagi.

Nadia cuba menangis tetapi di tahan. "Mizan..Awak dengan Irfan tiada beza..Dua dua lelaki."kata Nadia perlahan. "So,kenapa bila saya nak berbual dengan awak,awak mengelak?"tanya Mizan.Nadia terus berkata "Sebab saya sayangkan Irfan! Saya tak nak hati saya berubah bila saya rapat dengan awak!" "Kenapa awak masih sayangkan orang yang dah seminggu pergi tanpa berita?!!!"kata  Mizan.

"Because I love him.."kata Nadia perlahan. "Apa?!"tanya Mizan. "Because I love him..Yes! I love Irfan so much! I'm a fool because loving someone who leaves without notes!"jerit Nadia..Perbualan mereka didengari oleh seseorang yang menutup mukanya dengan topi dan penutup mulut.

#Bersambung

No comments: