Tuesday, 15 September 2015
Dunia Fantasi Kau Dan Aku (pre-final)
Life Is Easy
As Long You Thought Like That
It Won't Be Hard
As Long I'm With You
Nadia masih binggung.Kini,dia mempunyai sehari sebelum dia kembali ke tempatnya.Mizan masih menganggu Nadia.Dia sering ke rumah Nadia.Tapi,mereka bukan berdua,tapi bertiga,bersama Athirah.Nadia pelik.Pelbagai cara Mizan lakukan.Nadia tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Nadia tidak memberitahu sesiapa tentang surat dan kepergiannya nanti.Dia hanya berfikir ke mana Irfan pergi.Nadia sering ke rumah yang Irfan menetap dahulu dan mengemas lalu memastikan ia sentiasa bersih.Sehingga satu saat,Athirah sendiri bertanya. "Kenapa awak sering kemas rumah tu?" Nadia tersenyum sambil berkata "Saya cuma nak pastikan rumah Irfan sentiasa bersih dan tiada habuk.Bila dia balik nanti,dia happy.."
Athirah tidak mampu berbuat apa-apa.Pelbagai nasihat dia berikan,tapi Nadia sikit pun tidak didengarinya. Nadia sentiasa duduk dan bercakap bersedirian di tepi sungai seolah-olah Irfan di situ.
'Andai masa boleh berputar ke saat lalu,di saat di mana aku dan dia mula berkenalan..Aku mahu menggunakan masa itu sebaik mungkin.Ini tidak akan terjadi jika aku tidak mengikuti Athirah hari tu.Tapi,aku tidak boleh salahkan Athirah.Dia kawan baikku.Dia yang pertama membawa ku ke sini.Tempat ini mungkin asing,tapi tidak lagi.'
Tiba-tiba,seseorang menegur Nadia. "Cik Nadia?" kata lelaki yang memakai pakaian istana. "ya?" "Ni ada surat jemputan.Seluruh kampung dijemput.Harap,awak dan kawan serumah awak dapat datang."kata lelaki itu sambil menghulurkan sampul berwarna keemasan. Nadia mengambilnya,apabila dia mengangkat wajahnya semula,lelaki itu telah hilang.Dia membaca isi surat tersebut.
'Pool Party Tunku Zafril Iskandar & Puteri Athirah Zulaikha'
'Kenapa ada nama Athirah?Hm.. Mungkin sama kot..'monolog Nadia lalu terus pulang ke rumah.Sesampainya di rumah,dia melihat rumah kosong.Tiada orang. Dia terus ke bilik lalu bertukar baju.Setibanya di hadapan istana,dia melihat ramai orang.Akhirnya,dia ke pool.Dia melihat ramai tetamu yang mempunyai darjat,anak-2 orang kaya berada di situ.
Akhirnya dia pergi ke sebuah meja berdekatan. Akhirnya,kelihatan sebuah pasangan sedang berada di atas pentas.Hampir luruh jantung Nadia apabila melihat Athirah kawan baiknya sendiri di situ.Dan lebih mengejutkan,IRFAN?
Nadia menenangkan dirinya dengan berkata 'mungkin seiras sahaja.. Dalam dunia ni kan ada 7 orang muka seiras.' Dia terus menerus berkata begitu.Dia agak terkejut apabila bahunya disentuh.Dia menoleh dan seorang lelaki yang amat dia kenali tersenyum kepadanya. "Mizan.." "Hai.Saya ingat awak bidadari mana tadi."kata Mizan. "Apa awak bu--" kata-2 Nadia dipotong.Mizan terus berkata "Shh..Kita tengok tu dulu"
'Athirah' yang disangkakan kawan baiknya tadi terus berkata "Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk yang datang.Saya amat menghargainya.Tujuan saya dan Tunku Zafril adakan majlis ini kerana kami ada berita baik buat penduduk." 'Irfan' itu terus tersenyum lalu berkata "Kami berdua..Bakal bertunang.Kami dan family dah bincang.Dan membuat kata sepakat." "Mizan,adakah itu Irfan dan Athirah?"tanya Nadia tiba-tiba.
"Lebih baik awak tanya mereka sendiri.I have no answer."kata Mizan sambil tersenyum. Setelah mereka tamat berucap,penduduk mula berbaris hendak mengucapkan tahniah kepada bakal pengantin baru.Apabila tiba giliran Nadia,reaksi Athirah dan Tunku Zafril bertukar daripada tersenyum kepada terkejut. "A..pa..aw..ak bu..at kat sini?"tanya Athirah.
"Tahniah Tunku Zafril dan Puteri Athirah.Saya harap korang bahagia.Yeah..I should thanks the one who send me the invitation.If not,till the day I'm leaving,I don't know that this is all planned."kata Nadia lalu tersenyum.Mata Nadia sudah berair.Hanya tunggu untuk pecah tebingnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment