Tuesday, 1 September 2015

Dunia Fantasi Kau Dan Aku (Chapter 3)

Chapter 3

Kalau kau tidak mencintai aku,
Itu tidak mengapa..Kerana..
Cinta itu dapat dipupuk
Dan disemai nanti..

Aku dan Irfan duduk di atas batu yang berada di pinggir sungai.Athirah ketika itu pergi ke pekan.Aku dan Irfan berbual-bual. "Hm.. Nadia,mana awak dapat nama Mohd Irfan tu?"tanya Irfan yang ketika itu memandang ke arah aku.Aku berpaling dan memandang ke arah sungai. "Dulu saya ada kekasih..Nama dia Mohd Irfan Fitri.Tapi,dia curang..Saya tak tahu kenapa saya terdetik nak bagi nama tu...lawak kan?"kata ku sambil ketawa tidak ikhlas. "Maaf.."kata Irfan perlahan. "It's okay... Hm..Irfan,awak memang orang sini or awak..." kata-kata ku dipotong. "saya orang tempat ni lah..Ada tempat lain ke?"tanya Irfan. "Ada..Bu.."kata-kata ku sekali lagi dipotong kerana Athirah datang menjenguk kami.

"Aik? Dating ke? Sorry ganggu."kata Athirah lalu cuba untuk beredar. " Tak lah! Mana ada!"kataku menafikan dakwaan Athirah tadi. "Nad,tadi kan orang kampung masih kecoh dengan kehilangan Tunku Zafril Iskandar..Pengawal-pengawal dari istana akan ke semua rumah di kampung ini untuk memeriksa sama ada kita ada menyorok Tunku Zafril Iskandar atau tidak.."kata Athirah. "Benarkah? Hurm..Ke mana lah Tunku Zafril Iskandar tu hilang..Mustahil jika dia melarikan diri..Hidup sebagai anak raja..Mesti seronok kan?"kata ku sambil berangan-angan. "Ah! Jangan awak nak berangan-angan Nadia..Jom masuk.Sudah senja ni."kata Athirah lalu hilang disebalik pintu rumah. "So...? Jom masuk.."kata ku pada Irfan lalu aku berlalu pergi.

#SKIP

"Irfan,saya fikir tak elok awak tinggal di sini bersama kami.."kata Athirah setelah kami selesai makan malam. "Ya..saya pun fikir begitu.."kata Irfan.Aku berdiam diri dan hanya termenung. "Oo nek,termenung ke mana tu? Tembus dinding tu sebab awak k?"gurau Athirah menyedarkan aku dari lamunan. Aku segera membetulkan dudukku. "Tak tembus pun..Hahah..Irah,Irfan akan tinggal dekat mana nanti? Kan dia tidak ingat apa-apa.."kata aku seperti ingin mengetahui lebih lanjut tentang topik yang dibincangkan. "Hurm.. Abang Faisal kat sebelah rumah tu dia nak pindah..Dia cakap nak pindah ke kampung sebelah.Rumah ibu bapa mertua dia.So,rumah sebelah kosong.Apa kata Irfan duduk situ?"cadang Athirah.Aku hanya memandang Irfan tanpa reaksi. "Boleh lah.."kata Irfan sambil tersenyum riang.

'Aku tak kisah pun nak pindah rumah sebelah..Asalkan aku sentiasa dekat dengan dia.Aku nak kenal dia dengan lebih rapat lagi.Bagus juga idea pengawal istana.Aku patut fikir cara ini untuk cari calon isteri dari dulu lagi'monolog Irfan

#END

No comments: