Monday, 31 August 2015

Dunia Fantasi Kau Dan Aku (Chapter 2)

Chapter 2-Lelaki misteri 

Pertemuan kita bukan kebetulan
Tapi kita memang ditakdirkan
Andai aku dapat miliki kau
Aku akan jaga kau sepenuh hatiku..


Sedang aku dan Athirah lena diulit mimpi,tiba-tiba pintu diketuk dengan kuat.Aku segera ke arah pintu utama sambil memegang penyapu.Aku dengan perlahan-lahan membuka pintu.Badan seorang lelaki jatuh di hadapan pintu.Aku segera memanggil Athirah dan membawa lelaki itu di sebuah bilik tetamu.Aku membersihkan luka dan kotoran yang terdapat pada badan lelaki tersebut dengan sehelai kain.Athirah sudah masuk tidur kerana penat.Aku memandang lelaki itu.Lelaki itu seperti baru pulang dari berperang.Oleh kerana asyik terfikir apa yang berlaku pada lelaki tersebut,akhirnya aku tertidur di sisi katil.

"Nad,bangun lah.."kata Athirah perlahan.Aku segera bangun. "Ada apa ni,Irah?"tanya aku. "Jom bersiap..Saya nak bawak awak pergi tepi sungai."kata Athirah.Aku bangun dari dudukku.Aku lihat lelaki tersebut masih tidur.Aku dan Athirah pergi ke tepi sungai.Athirah menceritakan serba sedikit tentang dunia mereka.Aku mendengar dengan penuh minat.Bagaimanakah tempat ini wujud tanpa diketahui oleh ahli sains? Subhanallah..

Sebaik sahaja,kami pulang dari tepi sungai.Kami terus ke dapur dan memasak untuk makan tengah hari.Sedang seronok kami memasak,kami terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arah dapur.Kami segera berpaling ke arah bunyi tersebut. "Awak dah sedar pun."kata aku sambil tersenyum.Lelaki itu memandang ke arah kami berdua dengan pelik. "Kenapa?"tanya Athirah. "saya dekat mana sekarang ni?"tanya lelaki itu.

"Awak dekat rumah kitaorang lah.Nadia jumpa awak depan pintu rumah kitaorang.Awak pergi berperang ke?"tanya Athirah.Tumpuan ku masih tertumpu pada memasak.Aku mencuci semua alatan memasak dan terus duduk di meja makan bersama Athirah dan lelaki misteri tersebut. "Entah.Saya tak ingat apa-apa."kata lelaki itu. "Jom makan.Mungkin lepas makan,awak akan ingat sesuatu."kata aku sambil tersenyum.Aku memberikan pinggan yang berisi makanan ke arahnya.Kami makan dengan selera sekali.Setelah selesai makan,aku dan Athirah membersihkan dapur.

Kami bertiga duduk di atas sofa di ruang tamu. "Siapa nama awak?"tanya Athirah.Aku hanya memandang dengan penuh tanda tanya. "Saya tak ingat..."kata lelaki itu. "Macam mana awak sampai ke sini?"tanya Athirah lagi. "Saya tak ingat apa-apa..Yang saya tahu,pagi tadi saya bangun dah ada atas katil."kata lelaki itu. "Nad,awak kenapa?"tanya Athirah. "hah? Ohh.. Tak ada apa-apa.."kataku sambil tersenyum menampakkan lesung pipit. "Ohh..Irah,apa kata kita bagi nama kat dia je.."kata aku lagi. "bagi nama? What a good idea..nama apa ek?"kata Athirah. "Mohd Irfan.." tiba-tiba nama itu terkeluar dari mulut aku.Lelaki itu dan Athirah memandang ke arah aku. "Yeah! Irfan..Okay tak?"tanya Athirah kepada lelaki tersebut.Lelaki itu tersenyum lalu mengagguk.

'Comel.Tak pernah aku nampak perempuan seperti dia ni.'monolog lelaki bernama Irfan itu.




Dunia Fantasi Kau Dan Aku (Chapter 1)

Chapter 1-Aku di mana?

Pertama kali aku kenal kau,aku gembira.
Kerana,akhirnya aku temui seseorang
yang aku percaya.
Tapi,aku salah..
Kau bukan seperti yang aku sangkakan.

"Jom.."seseorang menarik tangan aku.Melintasi tangga yang seperti pelangi.Orang yang menarik tangan ku tadi masih memegang erat tangan ku.Melintasi pelangi dan akhirnya tiba di atas. "Tempat apakah ini?"tanya aku yang masih terpinga-pinga.Aku menggosok mata ku tanda tidak mempercayai apa yang dilihatku. "Awak akan tahu suatu hari nanti."kata dia. "Awak siapa?"tanya aku lagi.

"Saya Athirah Zulaikha.Panggil saya Irah."kata dia sambil tersenyum."Saya Nadia Umairah.Panggil saya Nad."kataku membalas senyuman nya. "Nad,saya nak tunjukkan tempat tinggal awak.Jom."kata Irah.Kami melintasi sebuah pekan yang agak lenggang.Aku ternampak kanak-kanak lelaki sedang bermain bola sepak.Kami melalui kawasan hutan.Ketika memasuki hutan tersebut,aku mulai risau. "Tidak ada apa yang perlu dirisaukan.Tempat ni tak bahaya."kata Irah seakan tahu apa yang aku sedang fikirkan.Akhirnya kami tiba di sebuah tempat.

                                                                 (It looks like this)

"Ini rumah yang awak akan tinggal.Jangan risau,saya pun tinggal sini.Jom masuk."kata Irah.Aku mengikuti langkah Irah.Dia akhirnya menujukkan aku bilik yang akan aku gunakan.Aku masuk lalu duduk di birai katil.Aku masih terkejut. 'Apa yang aku buat di sini? Macam mana aku boleh sampai ke sini? Aku mesti cari jalan balik.Takkan aku nak tinggal dekat tempat yang aneh seperti ini?'monolog ku sendiri.

"Nad,saya nak keluar.Awak nak ikut?"tanya Irah dari muka pintu.Aku memandang ke arahnya.Aku segera menggaguk dan mengikut nya keluar dari kawasan hutan itu.Kami tiba di pekan yang tadi aku lalui. Aku ternampak ramai orang berkumpul suatu tempat.Langsung aku terdengar suara orang membuat penguguman. "PERHATIAN! SESIAPA YANG TERJUMPA TUNKU ZAFRIL ISKANDAR DAN MEMBAWA BAGINDA PULANG DENGAN SELAMAT AKAN MENDAPAT GANJARAN."kata orang itu. "Irah,Tunku Zafril Iskandar tu siapa?"tanya aku sambil memandang ke arahnya. "Tunku Zafril Iskandar tu anak raja lah.Saya dengar dia hilang.Kali terakhir dia ditemui dekat di dalam biliknya di istana."kata Irah. "Bagaimana rupa Tunku Zafril Iskandar tu?"tanya aku. "Entah lah.. Kami tak pernah terjumpa mahupun terserempak dengan baginda.Jom lah balik.Dah senja ni."kata Irah.Kami berdua segera pulang.