Thursday, 19 November 2015

Letter For You,Dear Friends..

Kenangan dulu.. Kita sering bergaduh,bergurau,bermain bersama,makan bersama dan kita lakukan hampir semua bersama dalam masa persekolahan.Boleh katakan,kita bersama sehari-hari.Gaduh manja.Lawak bila kita fikirkan semula.Bergaduh kerana benda yang remeh dan minta maaf kalau rasa diri bersalah.Kita sering kata yang kita ingin seseorang yang kita benci itu pergi.Tapi,apabila dia betul-betul hendak pergi sayu hati memikirkannya semula.Seolah-olah,masa itu bergerak dengan pantas dan meninggalkan kita yang leka dengan dunia.Mengingati semula kenangan-kenangan lalu.Ia sangat indah dan tidak dapat direka-reka.Dalam gambar mungkin dapat menggambarkan segalanya.Tapi,tiada siapa tahu bertapa gembiranya hati bila bersama mereka yang tersayang.Terpaksa pergi kerana keluarga,berpisah dengan kawan-kawan itu sebuah pengorbanan.Pergorbanan demi masa depan itu indah.

Sincerely,
A.Hamiezah :D

No comments: