Monday, 19 October 2015

Hati Yang Kau Sakiti

Chapter 2

Inatha kini sedang duduk di pondok sekolah.Dia duduk sendiri kerana semua orang telah pulang.Dia menunggu bapanya untuk mengambilnya pulang.Dia ditegur oleh seorang makhluk yang dia ingin jauhi. "Assalammualaikum..Sorang ke?"tanya Aril. "Ehh..tak lah.. Bertiga..Dah tengok sini tak ada orang..Tanya lagi.."kata Inatha acuh tak acuh.Aril ketawa kecil. "Awak tak berubah kan..? Masih sama macam  dulu...'kata Aril dalam tawa nya.

Inatha memandang tepat ke arah Aril. "You know what? Everything is change.You changed..I changed..People changed..Our relationship also changed..You don't know?" Aril berhenti ketawa.Betulkah apa yang dia sedang dengar? "Hah?"spontan keluar dari mulut Aril. "Saya patut pergi.Ayah saya sedang tunggu."kata Inatha dan berlalu pergi.

Inatha P.O.V (Point of view)

Aku duduk di atas katil.Aku membelek album gambar yang masih elok. 'You're the one who can change me.You're my everything that I got..' Masih kedengaran suara Aril di telinga aku.Air mataku mengalir. 'I don't need you anymore.You're too naive..' sekali lagi suara Aril kedengaran.Kenapa dia perlu muncul semula? Kenapa...Aku sedang bahagia.Bahagia kerana aku bakal habis sekolah dan masuk universiti.Kenapa dia muncul..saat aku...bahagi..a...?

Akhirnya aku tertidur di atas katil.Album gambar masih berada di tangan ku.

END P.O.V

Inatha dan Aliyana mengayuh basikal ke kedai Creamy Frost.Salah sebuah kedai yang popular kerana aiskrimnya.Inatha dan Aliyana memberhentikan basikal mereka di hadapan kedai tersebut.Mereka memesan aiskrim dan duduk di tempat yang disediakan.Mereka kemudiannya menikmati aiskrim.Tapi,sekali lagi Inatha diganggu oleh orang yang paling dia benci. "Hi dear classmates.."kata Aril. "Hai Aril.."kata Aliyana. Aril memesan aiskrim dan duduk dihadapan Inatha. "Ah! I need to go..My brother would mad if I'm late..bye guys!"kata Aliyana dan berlalu pergi bersama aiskrim.Kini tinggal Aril dan Inatha duduk di meja itu.

"saya tak tahu pun awak makan aiskrim dekat sini? Dekat ke rumah awak?"tanya Aril setelah lama berdiam. "Tak jugak selalu.Rumah saya jauh..Tak perlu tahu dekat mana.."kata Inatha dan berdiri. "Awak dah nak pergi? Tak nak temankan saya makan?"tanya Aril sambil memandang ke arah Inatha. "Tak!"kata Inatha dan terus mengayuh basikal untuk pulang.Di simpang jalan,dia terlihat kelibat seorang yang dia amat kenali. "Are you following me?' kata Inatha. "Tak..Encik Aril suruh kami hantar cik Inatha pulang.."kata lelaki yang memakai tuxedo hitam dan cermin mata hitam itu.

"Tak apa..Beritahu dengan 'ENCIK ARIL' awak tu..Jangan kacau saya..Saya nak privacy dan dia tak ada hak nak ganggu saya.."kata Inatha.Lelaki itu mengangguk dan berlalu pergi. Inatha pulang dalam keadaan berhati-hati.Takut diganggu atau diekori lagi.

No comments: